Ezysu

Ezysuuu
  • Hi... Welcome to my blog. My name Suhana, sixteen y/o this year. :D


Entry About Friends Freebies
le'memoir

Le' coins
01:00 | 1 Cloud(s)
Adam . . .


Assalammualaikum . . . .

Dalam kehidupan kita, kita telah kenal ramai kaum adam yang pelbagai karenah dan gelagat pada masa kini. Walaupun usia yang begitu muda kita sudah boleh menilai seseorang dari sudut luaran tetapi tidak tahu menilai dari sudut dalaman. Dalam usia yang mentah, sebenarnya pelbagai ragam lelaki yang sudah kita kenal, kan? Hmm, tipulah kalau tidak -,-

Ok2, saya bukan nak buat huraian pulak. Saya cuma nak kongsi sikit je . . . Ianya mengenai seorang lelaki yang . . . (tak tahu nak cakap camne), boleh dikatakan mudah mencari ganti. Hoho. . . saya menceritakan mengenai seorang "adam" yang jatuh hati kepada "hawa". Ni bukan cerita "Adam dan Hawa" nye --' .

Adam ni, dia jumpa dengan hawa dan jatuh hati padanya. Cinta pandang pertama lah katakan. Meskipun begitu, si Hawa ni hanya menganggap si Adam sebagai rakan biasa tetapi telah disalah erti oleh Adam. Tup . . . Tap . . .Tup . . . Tap . . . si Adam beralih pandangan dari jatuh hati kepada tawar hati tanpa alasan yang tidak munah sabah. Si Hawa merasa sikap si Adam ini pelik, yang menyangkal hubungan yang terjalin selama ini lebih dari seorang kawan sehingga mengatakan sesuatu yang tidak masuk dek akal.

Si Adam dan Hawa sudah tidak berhubung mahupun bertegur sapa. 3 tahun sudah berlalu, Si Hawa memasuki tahun ke 4 dan telah bertemu dengan si Adam kerana kelas yang diduduki  adalah sama. Pada mulanya, si Hawa memang berasa janggal tetapi setelah 5 bulan berlalu, si Hawa sudah membiasakan diri. Tetapi sesuatu berlaku . . . 

Hahaha . . . apa yang berlaku??
Sesuatu yang membuatkan Hawa merasa yang dia tidak sepatutnya bertemu dengan si Adam. Si Adam seperti menunjukkan rasa hatinya kepada kawan baik si Hawa. Pada mulanya, si Hawa tidak menghiraukannya tetapi sikap dan gelagat yang dipamerkan membuat hati si Hawa menggelegak.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Bagi Hawa, rasa meluatnya itu mahu je diluahkan tetapi perkara yang tidak diketahui bagi pancaindera manusia (tidak boleh buat apa2) sukar untuk Hawa mencorak langkah. Pilihan Hawa mengenai membiarkan sahaja lelaki seperti itu memilih keputusannya dan Hawa dengan keputusan pilihannya. Ini jalan yang terbaik . . . .


Intihannya, perasaan seseorang kita tidak boleh baca. Sama juga dengan perasaaan kita, kita tidak mahu orang masuk campur atau memaksa kita. Perkara ini da biasa bagi siapa yang suka " couple → break → couple " , kan?? Jadi kita tidak perlu menyibukkan atau menyusahkan diri memikirkan perkara yang membuang masa. . . 

Okaylah itu sahaja yang saya mahu kongsikan. "Tepuk dada tanya selera", buatlah simpulan sendiri. Sekian :)


1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

test


Post a Comment