Ezysu

Ezysuuu
  • Hi... Welcome to my blog. My name Suhana, sixteen y/o this year. :D


Entry About Friends Freebies
le'memoir

Le' coins
04:16 | 0 Cloud(s)
New look, style and entry .


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua// Hari ni saya make over blog saya, amacam? simple and nice kan?. Hari ni banyak benda yang saya nak kongsi dengan korang semua mengenai diri saya, kawan dan orang yang hadir dalam hidup saya.

Okay lah... macam ni sebenarnya. 24 April 2013 yang lalu iaitu hari lahir kawan saya Farah. Jadi saya dan rakan-rakan yang lain rancang untuk buat surprise kat Farah. And since Hajar sibuk, dia free hari jumat so kita orang plan nak buat hari jumaat. On that day kita orang pura2 macam tak endahkan yang hari tu hari lahir dia, huhu macam2 yang berlaku. Apabila difikirkan balik, rasa geli hati pun ada juga. Rancangnya nak buat kek, dah beli pon barang2 nak buat kek, siap beli kat IOI Mall lagi tapi hmm,,, hampeh kek tak menjadi. Hari jumaat menjelang tiba, kepala otak kita orang dah memang kusut dah, nak bagi apa kat farah so saya fikir punya fikir. Kita orang decide nak beli kek 'kings' untuk dia and make a simple birthday card. Dan Allhamdulillah dengan izin-Nya niat kita orang pun menjadi... In end of the story, saya rasa best sangat walaupun banyak benda yang kena tempuh dan banyak kali gagal tapi kita orang tetap berusaha sampai berjaya, dia pulak memang appreciate so terharu sangat dan yang paling penting I has create one memorable memory and I would never forget this day. peace. -

Untuk sekian kalinya saya masih menulis pasal budak yang sorang ni. Hehe, dia memang mengganggu fikiran saya. Tapi sejak akhir2 ni saya terlalu sibuk sehingga tak berkesempatan bertemu dengan dia. Hmm, sebenarnya bagus juga macam ni kan tapi nye la soal hati mana kita boleh bohong. Lol, walaupun saya dah tahu budak ni sudah memiliki seseorang tapi saya tetap fikir pasal dia. Saya cuma boleh tengok dia dari jauh je, moga dia happy dengan orang tu. Ikhlas dari hati tau, tak de nangis2 da -_-!. I know someday my soul mate will come and lead me. -

Hooohohhohohoho...... dalam bulan lepas saya belajar banyak benda dan banyak perkara yang mengajar saya. Saya kini dah pandai control perasaan saya. Saya pon dah kurang emotional cuma ye la kekadang tu saya masih terasa hati dan mungkin terlepas marah kat sesiapa. Cuma sekarang banyak benda dah berubah dan saya harap saya dapat mengubah diri saya menjadi lebih baik. Solat lima waktu sehari semalam, saya harap saya tidak tertinggal dan saya boleh menutup aurat secara seluruhnya. AMIN... Saya akhiri entry saya dengan Wassalamualaikum :)

See you soon ..

0 Comments:


Post a Comment