|
|
07:02 | 0 Cloud(s) One sided love![]() Assalammualaikum// Kita bersua lagi kali ni. Sebenarnya aku nak luahkan perasaan ni kat seseorang tapi tak ada siapa yang aku boleh ceritakan ni. Susah nak sebut, dorang tak akan faham perasaan aku walau macam mana pon aku cuba terangkan. Semua ni mengarut sangat. Macam mana aku tersangkut dengan perasaan ni pon aku tak tahu. Hishh... Takkan ada senarai kekasih dalam hidup aku. Dah 5 tahun aku tak jatuh cinta dengan lelaki selepas perkara silam tu berlaku. Trauma? huh aku terperangkap lagi. Dan aku tak nak sebab tu aku tak berani serahkan hati aku keseluruhannya. kalau aku rasa suka, biar aku suka tapi bukan cinta. Aku tak nak sakit hati lagi. Baik aku undur dari merana nanti. Aku pon bukannya perempuan yang suka couple2 ni. Aku dah biasa sendiri. Itu buat aku rasa tenang. Sapa yang baca ni, mesti cakap aku tak ada keyakinan diri. Humm.. boleh kata macam tu la. Lagipon lelaki sekarang hanya melihat paras rupa sebagai modal untuk bercinta. Huh, gilanya aku cakap benda2 cam ni lak. Bila kata soal menilai lelaki mungkin aku boleh jawab tapi bila cakap pasal kekasih hati sendiri, aku sendiri tertanya tanya aku boleh ke dapat semua tu. Aku bagi tahu orang lain untuk tak mengejar lelaki yang tak boleh terima kita. Humm, mungkin aku dah banyak kali jumpa lelaki one sided love. Cinta yang tak berbalas. K, aku malu nak cerita ni tapi ni lah hakikatnya. Biarpun begini, aku still perempuan la. Ada lah nanti, aku akan jumpa. Insyaallah, moga semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Sekarang tugas aku belajar. Yup, belajar. Fighting sue. Kalau ada kata2 "Bunga bukan sekumtun, Kumbang bukan seekor" , "Setiap umat didunia ni ada pasangannya" jadi aku tak perlu risau. Cuma siapa dan bila je benda ni datang dalam hidup kita. Aku sentiasa ingin yang terbaik even benda tu hal remeh pun. Siapa yang rasa macam ni, jangan nak sedih2 sangat. Semua ni ketentuan ilahi. Bukan kah kita harus mencintai orang kerana Allah subhanallahu taala. Maka, terbuka luas lah kebahagian kita. Good luck korang and smile always. Sentiasa ingat akan ada sesuatu yang baik jika niat kita baik. Bye dear, see you soon :)
![]() |
0 Comments:
Post a Comment